اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa
kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta
sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh
hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat
tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun
yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain
Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri.
Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta.
Sesungguhnya Engkaulah yang
maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”