Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat
besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa
kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu
kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin
ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk
membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini
ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun
aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a
tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar
wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat
sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya.
Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang
berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad
lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan
tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan
buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa
yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh
seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula
menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Walaupun
Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan
dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad
untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin
‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad
di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah.
[2]
[2] Dawr al-Hijaz fi Hayat as-Siyasah, Dr Ahmad Ibrahim As-Syarif, hlm 257 ; At-Tarikh al-Islami, Al-Humaidi, 11/222
Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/797/72/