Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab
berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum
arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan
hukuman ke atasnya.
Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah
kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit
berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam
rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak
mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak
ramai.
Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-
"engkau
telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU
IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang
lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku
(DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak
Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan
sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" [11]
[11] Tarikh al-Madinah, Umar ibn Shabh An-Nameeri, 3/841
Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/797/72/